Tuesday, 6 December 2011

Fisiologi Sukan


TENAGA DALAM SUKAN


Makanan diperlukan oleh tubuh manusia bukan sahaja untuk menyumbangkan tenaga tetapi juga untuk membina tisu-tisu baru disamping menjana fungsi-fungsi metabolik. Walaupun makanan diambil secara seimbang untuk memenuhi keperluan tubuh, tahap aktiviti fizikal yang diceburi oleh seseorang individu itu mempengaruhi penggunaan setengah-setengah nutrien.


Dalam membincangkan pemakanan sebagai penyumbang tenaga kepada manusia maka kita perlu lihat dua aspek iaitu sumber tenaga dari luar tubuh dan juga yang dihasilkan di dalam tubuh sendiri.


Sumber tenaga di luar tubuh adalah;


  • Karbohidrat
  • Lemak
  • Simpanan tenaga selepas makan
  • Sumber tenaga dari dalam tubuh 

Sumber tenaga dari dalam tubuh

  • Anaerobik Alaktik
Tenaga yang disimpan sebagai ATP dan CP
  • Anaerobik Laktik
Tenaga yang disimpan sebagai glikogen (muscle carbohydrate)
  • Aerobik
Menggunakan karbohidrat dan lemak sebagai bahan bakar yang dibawa oleh darah ke dalam otot.

No comments:

Post a Comment